July Boost Campaign for GSS315 Scheme, Great Eastern Life Malaysia. RM30 Boost cashback for each successful sign -up for our insurance.

Gandakan RM30 Boost Cashback & dapat perlindungan RM80,000, hanya RM1!

RM30 Boost Cashback untuk setiap permohonan ahli keluarga

Hanya RM1 dapat perlindungan sebanyak RM80,0000 (premium asal: RM55.20) dan terima RM30 Boost Cashback untuk setiap ahli selepas polisi anda dikuatkuasakan. 

Pendaftaran hanya 3 minit, boleh batal bila-bila masa! 

Terhad kepada 200 pelanggan terawal sahaja dari 1 Julai – 30 Julai 2024. 

8 Manfaat Menarik!

45 jenis penyakit kritikal yang dilindungi

2X bayaran untuk kemalangan peribadi

RM40 elaun tunai hospital sebanyak 500 hari

Pengeluaran tunai dengan penebusan unit

Premium sama untuk semua umur

Perlindungan boleh dilanjutkan pada pasangan dan anak-anak

Perlindungan sehingga RM80,000 untuk semua umur

Perlindungan sehingga umur 65 tahun hari jadi berikutnya

Anda sedia untuk mendaftar?

Daftar sekarang dalam 3 minit!
  • Premium RM27.60
  • Premium RM41.40
  • Premium RM55.20
  • Perlindungan yang disediakan di bawah skim ini
    Manfaat Jumlah Dilindungi
    Premium sebanyak RM27.60 / bulan
    45 penyakit kritikal RM20,000
    Kematian (akibat semula jadi / penyakit) RM20,000
    Kematian akibat kemalangan RM40,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat penyakit RM20,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat kemalangan RM40,000
    Manfaat pendapatan hospitalisasi RM20/hari
    Perbelanjaan pengebumian RM5,000
    Jumlah Nilai Pelaburan (TIV) (Berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV))
  • Perlindungan yang disediakan di bawah skim ini
    Manfaat Jumlah Dilindungi
    Premium sebanyak RM41.40 / bulan
    45 penyakit kritikal RM30,000
    Kematian (akibat semula jadi / penyakit) RM30,000
    Kematian akibat kemalangan RM60,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat penyakit RM30,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat kemalangan RM60,000
    Manfaat pendapatan hospitalisasi RM30/hari
    Perbelanjaan pengebumian RM5,000
    Jumlah Nilai Pelaburan (TIV) (Berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV))
  • Perlindungan yang disediakan di bawah skim ini
    Manfaat Jumlah Dilindungi
    Premium sebanyak RM55.20 / bulan
    45 penyakit kritikal RM40,000
    Kematian (akibat semula jadi / penyakit) RM40,000
    Kematian akibat kemalangan RM80,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat penyakit RM40,000
    Kehilangan upaya total dan kekal (TPD) akibat kemalangan RM80,000
    Manfaat pendapatan hospitalisasi RM40/hari
    Perbelanjaan pengebumian RM5,000
    Jumlah Nilai Pelaburan (TIV) (Berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV))

Product Brochure | Product Disclosure Sheet | Terms and Conditions | Specimen Master Policy Contract | Campaign Terms and Conditions

  • Pulangan Tunai RM30 Boost App akan dikreditkan ke dalam eWallet Boost App. Terhad kepada 200 pelanggan terawal sahaja.
  • Pelanggan yang layak mesti berjaya membuat pembayaran premium bulan pertama dan bulan kedua melalui borang permohonan untuk menerima Pulangan Tunai RM30 bagi setiap permohonan.
  • Promosi ini tersedia dari 1 Julai – 30 Julai 2024 sahaja.
  • *Pelanggan boleh membeli pelan ini pada harga RM1 untuk bulan pertama dan premium asal untuk bulan berikutnya.
  • **Pengeluaran tunai separa untuk kecemasan melalui penebusan unit selepas mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan.
  • Sijil polisi akan dihantar ke alamat e-mel pelanggan dalam tempoh 21 hari bekerja sebaik sahaja polisi diterima. Tiada Jaminan berkenaan dengan mana-mana Hayat Diinsuranskan akan berkuat kuasa di bawah Polisi ini, melainkan pemberitahuan telah dibuat dengan sewajarnya dan Syarikat telah memaklumkan penerimaan risiko secara bertulis.
  • Komisen Perantara untuk produk ini berjumlah maksimum 5% daripada caj premium manakala Yuran Perkhidmatan berjumlah 2% daripada caj premium.
  • Tempoh tinjauan percuma – anda boleh menamatkan pelan dengan memulangkan Sijil Jaminan kepada Syarikat dengan tangan atau pos berdaftar dalam tempoh lima belas (15) hari selepas anda menerimanya. Jika pelan itu ditamatkan dalam tempoh ini, Syarikat hendaklah membayar balik jumlah yang sama dengan jumlah, jumlah nilai pelaburan Sijil Jaminan, nilai pelaburan unit yang telah dibatalkan untuk membayar caj insurans dan yuran polisi berdasarkan Nilai Aset Bersih pada Tarikh Penilaian Seterusnya, dan jumlah premium yang belum diperuntukkan untuk pembelian unit;tolak perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, jika ada.
  • Sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dari dokumen ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi gmbismarketing@greateasternlife.com

Melindungi anda selebih 116 tahun

Meningkat perlindungan sedia ada anda dengan ganjaran persaraan di atas Simpanan KWSP anda dengan GMBIS sebagai pelan berkaitan pelaburan sukarela.

500
Partners
10
Industries
1,000,000
Customers
Close
Close
Close
Close

FATCA (Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negara Amerika Syarikat (AS))

 

Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negara (FATCA)

adalah undang-undang Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi Institusi Kewangan di seluruh dunia, bertujuan untuk mengurangkan pengelakan pembayaran cukai oleh warganegaranya. FATCA memerlukan Institusi Kewangan di luar AS untuk menyediakan maklumat berkenaan pelanggan warganegara AS kepada Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri AS(IRS). Bagi mematuhi perkara-perkara di atas, Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad (“Syarikat”) dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkenaan pemastautin bercukai bagi setiap pemegang akaun berdasarkan FATCA.

Pengisytiharan FATCA (Akta Pematuhan Cukai Akaun Luar Negara Amerika Syarikat (AS))

Saya/kami bersetuju bahawa saya/kami akan memaklumkan Syarikat dengan segera jika terdapat sebarang perubahan atau penambahan maklumat yang diberi di dalam ini berkenaan saya/kami, hayat yang diasuranskan, benefisiari yang dinamakan dalam cadangan ini atau polisi dan sebarang individu lain yang relevan (jika ada dan secara kolektif dengan hayat yang diasuranskan dan benefisiari “Individu yang Relevan”) seperti yang mungkin diperlukan Syarikat. Selanjutnya, saya/kami bersetuju dan mewakilkan Syarikat bahawa setiap Individu yang Relevan telah bersetuju ke atas maklumat berkenaan dirinya yang diberi kepada Syarikat, bahawa Syarikat mungkin mendedahkan maklumat tersebut bagi tujuan pematuhan dengan sebarang peraturan, undang-undang dan pengawalan, kod amalan atau garis panduan atau membantu dalam penguatkuasaan undang-undang serta penyiasatan yang berkenan oleh pihak berkuat kuasa yang berkenaan. Saya/kami faham bahawa Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos atau kerugian yang mungkin ditanggung oleh saya/kami atau mana-mana Individu yang Relevan disebabkan tindakan Syarikat yang dibenarkan di dalam ini. Sehubungan itu, saya/kami bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada Syarikat terhadap semua tuntutan bagi Individu yang Relevan untuk kos atau kerugian yang dinyatakan di atas. Saya/kami juga faham bahawa kegagalan saya/kami untuk memenuhi sebarang kewajipan di dalam ini atau sebarang representasi yang tidak benar atau tidak tepat di dalam ini akan melayakkan Syarikat untuk menolak atau menahan amaun tersebut daripada membuat sebarang bayaran yang boleh dibayar di bawah polisi yang relevan dan/atau menamatkan polisi tanpa sebarang tanggungjawab, mengikut tahap yang dibenarkan undang-undang dan saya/kami akan membayar ganti rugi kepada Syarikat ke atas semua kos dan kerugian yang mungkin ditanggung akibat daripadanya. Saya/kami bersetuju untuk melengkapkan dan menandatangani dokumen tersebut serta melakukannya atas tujuan yang diperlukan Syarikat bagi menilai cadangan saya/kami dan menyediakan produk atau perkhidmatan yang saya/kami pohon.

Close

Pengisytiharan Piawaian Laporan Bersama (CRS) (Member and Life(s) to be Assured)

 

Piawaian Laporan Bersama (CRS)

Syarikat hendaklah mengumpul maklumat berkaitan status pemastautin bercukai bagi setiap Pemegang Akaun bagi mematuhi Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Peraturan Cukai Pendapatan 1967(Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan) (“secara kolektif dirujuk sebagai Undang-undang Malaysia ke atas Pematuhan Cukai Antarabangsa”). Undang-undang Malaysia ke atas Pematuhan Cukai Antarabangsa melaksanakan piawaian bagi pertukaran automatik maklumat akaun kewangan berkaitan cukai, yang dikenali sebagai Laporan Bersama (“CRS”), yang dibangunkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (“OECD”).

Berdasarkan Undang-undang Malaysia ke atas Pematuhan Cukai Antarabangsa, Syarikat mungkin mempunyai kewajipan dari segi
undang-undang untuk berkongsi maklumat yang disediakan seseorang Pemegang Akaun dan maklumat kewangan lain berhubung dengan akaun kewangan seseorang Pemegang Akaun dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (“LHDN”). LHDN mungkin membuat pertukaran maklumat tersebut dengan pihak berkuasa percukaian daripada bidang kuasa lain atau bidang kuasa yang mana Pemegang Akaun mungkin merupakan pemastautin bercukai berdasarkan perjanjian antara kerajaan untuk bertukar maklumat akaun kewangan.

Setiap bidang kuasa mempunyai peraturan tersendiri untuk menentukan pemastautin bercukai. Jika anda mempunyai sebarang soalan bagaimana menentukan status pemastautin bercukai, anda hendaklah berunding dengan penasihat cukai anda atau maklumat berkaitan boleh didapati dalam portal maklumat pertukaran automatik OECD di [http://www.oecd.org/tax/transparency/automaticexchangeofinformation.htm]. Syarikat tidak mempunyai kedudukan untuk memberi bantuan selain daripada maklumat yang terkandung dalam borang ini.

Nota: Bagi Kontrak Insurans Nilai Tunai atau Kontrak Anuiti, Pemegang Akaun adalah mana-mana individu yang berhak mendapat Nilai Tunai atau menukar benefisiari dalam kontrak. Jika tiada individu yang berhak ke atas Nilai Tunai atau menukar benefisiari, Pemegang Akaun adalah individu yang dinamakan sebagai pemilik dalam kontrak dan mana-mana individu dengan kelayakan yang diletak hak ke atas pembayaran mengikut terma kontrak. Apabila Kontrak Insurans Nilai Tunai atau Kontrak Anuiti telah matang, setiap individu yang layak untuk menerima pembayaran di bawah kontrak dianggap sebagai Pemegang Amanah.

Pengisytiharan Piawaian Laporan Bersama (CRS)

Saya mengesahkan bahawa saya adalah pemegang akaun (atau saya dibenarkan untuk menurunkan tandatangan bagi pihak pemegang akaun) berhubung dengan polisi ini.

Saya mengakui bahawa maklumat yang terkandung dalam borang ini, termasuk maklumat berkenaan Pemegang Akaun dan mana-mana akaun yang boleh dilaporkan, mungkin akan dilaporkan kepada LHDN dan dikongsi dengan pihak berkuasa cukai negara lain atau negara-negara yang mana Pemegang Akaun merupakan pemastautin bercukai, menurut perjanjian antara kerajaan untuk bertukar maklumat akaun kewangan.

Saya mengaku bahawa semua kenyataan yang dibuat dalam borang ini adalah benar dan lengkap mengikut pengetahuan dan kepercayaan saya. Saya berjanji untuk memaklumkan Syarikat dalam masa 30 hari jika terdapat perubahan yang memberi kesan pada status pemastautin bercukai bagi Pemegang Polisi atau menyebabkan maklumat dalam borang ini tidak betul atau tidak lengkap. Saya akan menyediakan borang pengesahan sendiri yang dikemas kini dalam masa 90 hari daripada perubahan tersebut.

Saya memahami bahawa mana-mana individu yang menyediakan sebarang maklumat yang tidak benar seperti diperlukan mengikut Undang-undang Malaysia ke atas Pematuhan Cukai Antarabangsa (melainkan dapat dibuktikan bahawa maklumat yang tidak benar tersebut diperoleh secara jujur) adalah melakukan kesalahan yang boleh dikenakan selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan Piawaian Laporan Bersama.

Saya bersetuju untuk melengkapkan dan menandatangani dokumen tersebut serta melakukannya bagi tujuan yang wajar seperti diperlukan Syarikat untuk menilai cadangan saya dan menyediakan produk atau perkhidmatan yang saya pohon.