Tempoh semakan (Free-look period) – Anda boleh membatalkan pelan ini dengan mengembalikan Sijil Insurans kepada Syarikat secara serahan tangan atau pos berdaftar dalam tempoh lima belas (15) hari selepas penerimaan sijil tersebut.
Sekiranya pelan dibatalkan dalam tempoh ini, Syarikat akan memulangkan jumlah yang bersamaan dengan:
(1) Nilai pelaburan keseluruhan Sijil Insurans,
(2) nilai pelaburan unit yang telah dibatalkan bagi pembayaran caj insurans dan yuran polisi berdasarkan Nilai Aset Bersih pada Tarikh Penilaian Seterusnya; dan
(3) Jumlah premium yang belum diperuntukkan untuk pembelian unit;
Tolak perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan, jika ada.